Wednesday, 12 September 2018

Jalan-jalan di Farm in the city.



Pada 10.09.18 yang lepas kami sekeluarga telah diberi peluang untuk ke farm in the city buat kali yang ke-2.
Tempat ni senang je nak cari,  boleh waze.. Insyaallah akan sampai.
Macam biasalah anak2 pastilah yang paling teruja dan gembira..

Kami sampai lebih kurang pukul 11pagi ++ macam tu..
Hari tu merupakan cuti umum, jadi tersangatlah ramai orang..

Yang seronoknye kat sini kebanyakan binatang boleh pegang.  So lagilah teruju anak2 ni..

Jom kita layan gambar.

















Harga tiket masuk atau apa-apa maklumat tentang farm in the city ni boleh click kat sini

Secara keseluruhan,  tempat ni memang sesuai untuk seisi keluarga.  Kalau korang ada masa lapang tu boleh la datang sini bawak anak2.   

Terima kasih farm in the city.. 



Sehari bercuti di legoland johor


Sehari berada di legoland amatlah menyeronok dan juga meletihkan.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Kalau nk tengok senarai harga tiket masuk ke sana boleh tengok kat sini.

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 9.50pagi.
Tempat parking dengan pintu masuk agak jauh jugak tau.. So bile kami sampai di pintu masuk betul2 time tarian pembukaan dari staff legoland tu.
Anak2 semestinya teruja bile sampai ke sana.


Masa nak masuk ke dalam tu akan ade pemeriksaan beg.  Makanan luar memang xdibenarkan, tapi air masak yg dalam bekas sendiri dibenarkan..  Kat dalam tu memang akan rasa cepat dahaga.. Nasiblah kami bawah air 3liter.. Boleh je nak beli air yg dijual kat dalam..

So jom kita tengok gambar2 yang sempat saya ambil kat dalam tu ye.

















Kemudahan tandas dan surau juga ade disediakan disana..  Tandas legoland bersih dan wangi tau.. 


Di dalam legoland juga terdapat banyak kedai makan disediakan..  
Kami makan di Pizza mania.. Sedap jugak rasa pizza disitu.. 



Masa nak balik tu ade tarian "selamat tinggal" dari staff legoland.  Anak2 apalagi,  sangatlah layaannnn.. 



Secara kesimpulannya, legoland adalah tempat yang sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak berumur 5tahun keatas.. Anak2 sangat enjoy ketika berada disana.. 
Insyaallah jika ada rezeki kami akan kesana lagi.. 
Terima kasih legoland resort malaysia & sinar harian  untuk percuti yang amat bermakna ini..
Semoga kita ketemu lagi ya.. 




Tuesday, 4 September 2018

Percutian ke legoland yang sangat menyeronokkan anjuran SINAR HARIAN


Part 1






Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana baru-baru ini kami sekeluarga diberi peluang untuk bercuti di Johor.

Anak2 ni dah lama sangat nak pergi ke legoland di johor tu.
Tapi banyak sangat kekangan yg menyebabkan kami xdapat penuhi hajat anak2 ni..😊😊

Nak dijadikan cerita,  bulan lepas masa bukak Fb ada seorang kawan di fb share berkaitan cara untuk mendapatkan tiket legoland secara PERCUMA dengan hanya membeli 7keping SURAT KHABAR SINAR HARIAN.

Dan Seorang hanya boleh menebus 2keping tiket percuma SAHAJA.

Waaauuuuu!!  Time tu hati memang berbunga2 dan sangatlah teruja.
Setelah berbincang dengan suami,  kami setuju untuk turut serta mengumpul paper sinar harian selama tujuh hari berturut2 selama 7hari.

Kami pergi ke legoland bersama mak kami.
So total paper yg perlu kami kumpulkan adalah sebanyak 5orang x 7keping paper = 35set paper.
RM1. 20 x 35 = RM42 =5KEPING TIKET LEGOLAND

Dengan hanya membeli 35helai paper kami berjaya mendapat 5keping tiket legoland secara PERCUMA.
Seronak kan???😍😍😍😍😍

Untuk mendapatkan tiket tersebut kami kena ambil sendiri di pejabat sinar harian pada hari dan waktu yg telah ditetapkan.






Untuk pengetahuan semua sinar harian ni memang selalu bagi tiket percuma tau untuk pembaca surat khabar mereka.
Antara tiket yang mereka bagi percuma adalah ke sunway lagoon, bukit gambang resort,  legoland dan banyak lagi .

Nampak gayanya lepas ni kene la langgan surat khabar sinar harian.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas ni saya akan cerita apa yang bestnye bercuti di johor dan legoland tu ok.. Tggu part 2 &  3 pula..

Bye2 
Jumpa lagi ye..

Tuesday, 14 August 2018

Resepi Tauhu Bergedil Viral Letop

Amboi nama resepi, xnak kalah kan. 😊

Ok, meh kite nak kongsi resepi.
Ni resepi tauhu bergedil yang memang saya jual tau.

Saya jual 2jenis tauhu.

🌼Bergoreng RM5/pek (5pcs)
🌼Frozen RM10/12pcs



Resepi ni boleh dpt 60+- biji tauhu begedil.
Modal dalam RM30+-
Kalau jual kat luar sebiji RM1-RM1.50
*Harga jual ni saya setuju..  Sbb agak leceh nak buat..  πŸ˜‚



Resepi begedil
-Kentang 1 1/2kg di rebus sampai empuk dan ditumbuk
*Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
*3 biji Cili besar dadu(tumis)
*sebiji kecil Carrot dadu(tumis)
*Cendawan butang dadu 1/2 tin(tumis)
-Bawang goreng(bawang besar hiris gaul dengan tepong gandum dan di goreng sampai garing) semangkuk
*kalau nak senang, beli je bawang goreng dah siap.
-Daun bawang /daun sup
-Lada sulah/lada hitam
-Garam
*gaulkan semue yg di atas.

**Tauhu kering 2paket besar (RM4/paket)
-dalam 60pcs

Cara nak sumbat.
-Tauhu kering tu, Gunting 4 kat atas..
-Keluarkan isi dalam tauhu die..
-Gaul dalam begedil isi tu..
-Kemudian Sumbat balik dalam tauhu..
*yang saya jual, saya x masukkan isi tauhu tu.. Saya letak bergedil resepi kat atas tu sahaja.

*gambar ni ihsan google.  Saya gabungkan untuk memberi kepahaman kepada pembaca.  Semoga pemilik gambar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. 😊😊

-Goreng tauhu ni yg dah dicelop  telor+ sedikit garam dlm minyak yg panas paras separuh tenggelam tauhu.. Api sederhana.. 
Siaaapppp😍😍
* total guna 6biji telor
Ni rupa tauhu sebelum digoreng. 

Ni rupa tauhu selepas digoreng. 

Dah sejuk boleh la susun dalam bekas untuk dijual. 

Ok.  Jom kite buat sos die pulak.

Resepi sos
-4sudu cili kering
-Secawan air
-Gula melaka seinchi yg bulat tu
-Sos tiram sesudu
-Kicap manis 5sudu
-Garam
-Gula
-Tepong gamdum + air
**Kalau xpedas, boleh tambah cili padi
-Tumis cili kering sampai pecah minyak.
-Masukkan semue bahan kecuali air tepong.
-Bile dah mendidih baru masukkan air tepong tu..
**Bahan2 sos ni kene ikut tekak masing2. Saya suka manis2 pedas..
So boleh ubah2 mase rase tu..

Dah sejuk kite masukkan dalam plastik. 

Ok, ade yang suka makan dengan cili kicap kan..  So ni resepi die ok.. 

Sos kicap cili meletup-letup
Ni resepi dia. 
*Cili padi 15biji-20biji
*Bawang besar 3biji
*Bawang putih 10ulas
Tumis bahan diatas sampai wangi. 
Dan bland dengan bahan dibawah

-Kicap cair manis secawan(saya pakai kicap jalen) 
-Sos tomato 3sudu besar
-Gula
-Garam
-Bahan perasa
* garam, gula ni Agak2 ye.. Boleh rasa bila dah siap. 
Sisa2 di blander tu boleh letak air panas sedikit. 

Ok, selamat mencuba😍😍


Cute Panda