Tuesday, 14 August 2018

Resepi Tauhu Bergedil Viral Letop

Amboi nama resepi, xnak kalah kan. ๐Ÿ˜Š

Ok, meh kite nak kongsi resepi.
Ni resepi tauhu bergedil yang memang saya jual tau.

Saya jual 2jenis tauhu.

๐ŸŒผBergoreng RM5/pek (5pcs)
๐ŸŒผFrozen RM10/12pcs



Resepi ni boleh dpt 60+- biji tauhu begedil.
Modal dalam RM30+-
Kalau jual kat luar sebiji RM1-RM1.50
*Harga jual ni saya setuju..  Sbb agak leceh nak buat..  ๐Ÿ˜‚



Resepi begedil
-Kentang 1 1/2kg di rebus sampai empuk dan ditumbuk
*Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
*3 biji Cili besar dadu(tumis)
*sebiji kecil Carrot dadu(tumis)
*Cendawan butang dadu 1/2 tin(tumis)
-Bawang goreng(bawang besar hiris gaul dengan tepong gandum dan di goreng sampai garing) semangkuk
*kalau nak senang, beli je bawang goreng dah siap.
-Daun bawang /daun sup
-Lada sulah/lada hitam
-Garam
*gaulkan semue yg di atas.

**Tauhu kering 2paket besar (RM4/paket)
-dalam 60pcs

Cara nak sumbat.
-Tauhu kering tu, Gunting 4 kat atas..
-Keluarkan isi dalam tauhu die..
-Gaul dalam begedil isi tu..
-Kemudian Sumbat balik dalam tauhu..
*yang saya jual, saya x masukkan isi tauhu tu.. Saya letak bergedil resepi kat atas tu sahaja.

*gambar ni ihsan google.  Saya gabungkan untuk memberi kepahaman kepada pembaca.  Semoga pemilik gambar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

-Goreng tauhu ni yg dah dicelop  telor+ sedikit garam dlm minyak yg panas paras separuh tenggelam tauhu.. Api sederhana.. 
Siaaapppp๐Ÿ˜๐Ÿ˜
* total guna 6biji telor
Ni rupa tauhu sebelum digoreng. 

Ni rupa tauhu selepas digoreng. 

Dah sejuk boleh la susun dalam bekas untuk dijual. 

Ok.  Jom kite buat sos die pulak.

Resepi sos
-4sudu cili kering
-Secawan air
-Gula melaka seinchi yg bulat tu
-Sos tiram sesudu
-Kicap manis 5sudu
-Garam
-Gula
-Tepong gamdum + air
**Kalau xpedas, boleh tambah cili padi
-Tumis cili kering sampai pecah minyak.
-Masukkan semue bahan kecuali air tepong.
-Bile dah mendidih baru masukkan air tepong tu..
**Bahan2 sos ni kene ikut tekak masing2. Saya suka manis2 pedas..
So boleh ubah2 mase rase tu..

Dah sejuk kite masukkan dalam plastik. 

Ok, ade yang suka makan dengan cili kicap kan..  So ni resepi die ok.. 

Sos kicap cili meletup-letup
Ni resepi dia. 
*Cili padi 15biji-20biji
*Bawang besar 3biji
*Bawang putih 10ulas
Tumis bahan diatas sampai wangi. 
Dan bland dengan bahan dibawah

-Kicap cair manis secawan(saya pakai kicap jalen) 
-Sos tomato 3sudu besar
-Gula
-Garam
-Bahan perasa
* garam, gula ni Agak2 ye.. Boleh rasa bila dah siap. 
Sisa2 di blander tu boleh letak air panas sedikit. 

Ok, selamat mencuba๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Cerita Raya Aidilfitri 2018

Hai semua.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lorh,  nak masuk raya haji dah..  I baru nak update cerita raya lepas.

Sebenarnya ni blog jualan dulu.  Tapi sekarang dah xjual barang mainan dah..  So kita buat la jadi blog cerita tentang keluarga pula..
Blog personal yang dulu segan la nak sambung.  Terlampau kebudak-budakkan..  Hahahha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ok,  berbalik pada cerita asal.
Tentang Hari Raya Aidilfitri 2018.

Raya Aidilfitri tahun ni turn mak bekerja..
Almaklumlah. . Mak ni kerja sebagai misi..  So kene la bergilir2 bercuti raya..
So xdapat  la balik kampung jawapnye..
Tapi alhamdulillah, dapat gak mak beraya dengan family pada pagi raya tu. 





So pagi tu selepas solat sunat pagi raya, kami menzirah kubur arwah nenek dan pakcik kami di tanah perkuburan kajang. 
Seterusnya sempat la pergi ke 3buah rumah sebelum saya terus ke tempat kerja. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Ok, sampai di sini dulu..  Nanti kita sambung tragedi hari raya ke2 pula.. 

Cute Panda