Tuesday 4 September 2018

Percutian ke legoland yang sangat menyeronokkan anjuran SINAR HARIAN


Part 1






Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana baru-baru ini kami sekeluarga diberi peluang untuk bercuti di Johor.

Anak2 ni dah lama sangat nak pergi ke legoland di johor tu.
Tapi banyak sangat kekangan yg menyebabkan kami xdapat penuhi hajat anak2 ni..😊😊

Nak dijadikan cerita,  bulan lepas masa bukak Fb ada seorang kawan di fb share berkaitan cara untuk mendapatkan tiket legoland secara PERCUMA dengan hanya membeli 7keping SURAT KHABAR SINAR HARIAN.

Dan Seorang hanya boleh menebus 2keping tiket percuma SAHAJA.

Waaauuuuu!!  Time tu hati memang berbunga2 dan sangatlah teruja.
Setelah berbincang dengan suami,  kami setuju untuk turut serta mengumpul paper sinar harian selama tujuh hari berturut2 selama 7hari.

Kami pergi ke legoland bersama mak kami.
So total paper yg perlu kami kumpulkan adalah sebanyak 5orang x 7keping paper = 35set paper.
RM1. 20 x 35 = RM42 =5KEPING TIKET LEGOLAND

Dengan hanya membeli 35helai paper kami berjaya mendapat 5keping tiket legoland secara PERCUMA.
Seronak kan???😍😍😍😍😍

Untuk mendapatkan tiket tersebut kami kena ambil sendiri di pejabat sinar harian pada hari dan waktu yg telah ditetapkan.






Untuk pengetahuan semua sinar harian ni memang selalu bagi tiket percuma tau untuk pembaca surat khabar mereka.
Antara tiket yang mereka bagi percuma adalah ke sunway lagoon, bukit gambang resort,  legoland dan banyak lagi .

Nampak gayanya lepas ni kene la langgan surat khabar sinar harian.. 😂😂😂

Lepas ni saya akan cerita apa yang bestnye bercuti di johor dan legoland tu ok.. Tggu part 2 &  3 pula..

Bye2 
Jumpa lagi ye..

No comments:

Cute Panda